fbpx

Mawar Rashid Tak Kisah Dituduh Pura Pura Bahagia

Terbuka berkongsi kebahagiaan melayari rumah tangga, Mawar Rashid tidak kisah andai netizen mempertikaikan kemesraan yang dipamerkan sebagai berpura-pura. Menurut Mawar, kasih sayang merupakan acuan utama yang diterapkan oleh suaminya, Raf Yaakob.

BACA: Mawar Rashid Tamatkan Diploma Walaupun Sarat Hamil

“Saya tidak kisah dicemuh dan dikutuk warganet kerana saya dan suami diajar hidup berkasih sayang oleh keluarga masing-masing. Acuan kehidupan kami sama. Kerana itu kami serta keluarga masing-masing mudah serasi”

“Kalau warganet mahu mengata kami suka menunjuk-nunjuk, itu terserah. Tidak salah menghargai suami dan keluarga, tetapi jangan silap menilai hingga sanggup menuduh kami sekeluarga hidup berpura-pura”

Bagaimanapun Mawar mengakui seperti pasangan lain, rumah tangga beliau juga punya pasang dan surut. Pun begitu, Mawar dan Raf punya cara tersendiri menyelesaikan setiap kemelut yang melanda rumah tangga mereka.

“Raf selalu berpesan, dia tidak mahu kami tidur dalam keadaan marah. Jika buat salah, selesaikan segera. Saya percaya, masalah komunikasi boleh memburukkan keadaan. Mungkin kerana itu, kami jarang bergaduh,” jelasnya. (rtky/w)