fbpx

Mawar Rashid Selesa Tanpa Teman Lelaki

Pernah menjalin cinta bersama kekasih hati selama empat tahun, namun akhirnya terputus di tengah jalan, kini pelakon Mawar Rashid lebih selesa solo selain turut memberikannya lebih ruang bersama keluarga dan rakan.

BACA: Mawar Rashid Mahu Kurangkan Perangai Gedik

“Alhamdulillah, saya semakin selesa bersendirian kerana mempunyai kebebasan untuk bekerja keras sebagai anak seni. Saya mempunyai lebih banyak waktu untuk diluangkan bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan berbanding dulu”

“Tipu jika saya katakan tidak terkenang bekas kekasih kerana banyak memori yang kami lalui bersama, namun pengalaman lalu mematangkan saya. Ruang bersendirian ini juga saya jadikan untuk memperbaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik,” jelasnya kepada BH Online.

Sementara itu, Mawar juga kini mampu memberi sepenuh fokusnya terhadap kerjaya selain turut memulakan perniagaan sebagai persediaan di masa hadapan. Bagi anda yang masih tertanya tanya siapakah gerangan si Mawar ini, pelakon baru ini dulu pernah memeriakan industri seni tanah air dengan isu GST. (rtky/s)