fbpx

Mawar Rashid Sedih Dituduh Hidup Ditanggung Suami

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon dan usahawan Mawar Rashid berkongsikan khabar gembira akhirnya berjaya memiliki rumah idaman pada usia 26 tahun.

Dalam entri itu, Mawar turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang turut sama bekerja keras untuk mendapatkan rumah idaman mereka itu.

BACA: Mawar Rashid Terharu Suami Hadiahkan Banglo RM2 Juta

“Tak sangka umur 26 tahun dapat beli bungalow. Alhamdulillah Mawar bersyukur dapat beli first house atas nama Mawar sendiri. Thank you hubby sama-sama kerja keras, sama-sama tontong untuk dapatkan rumah idaman kite!”

Disebalik kegembiraan itu, Mawar turut meluahkan rasa sedih apabila ada yang menuduhnya hanya memandang harta kekayaan dan hidup ditanggung oleh suami. Mawar turut berkongsi cerita, sejak dari kecil dia diajar untuk berdikari dan sudah mencari duit sendiri ketika sekolah lagi.

“Dari dulu Mawar selalu dengar orang cakap Mawar ni materialistic. Mawar ni pandang harta, Hidup Mawar ni semua laki tanggung. Sedih hati Mawar. Perit tau. Perit sangat sebab selama ni Mawar kerja 24/7 all out habis-habisan.

“Kalau tanya kawan-kawan atau keluarga Mawar, dorang tahu macam mana Mawar sibuk kerja dari muda-muda. Mawar dari kecik diajar untuk berdikari. Dari umur 15 tahun lagi Mawar memang tak mintak duit dari mamy untuk pergi sekolah,” tulisnya.