Mawar Rashid Terharu Suami Hadiahkan Banglo RM2 Juta
Sempena ulang tahun perkahwinan keempat, pelakon Mawar Rashid menerima kejutan istimewa apabila suaminya menghadiahkan rumah banglo berharga hampir RM2 juta.
Menurut Mawar, dia meluahkan rasa syukur akhirnya dapat memiliki sebuah rumah idaman selepas bekerja keras untuk mengumpul wang selama ini.
BACA: Mawar Rashid Sebak, Rindu Suami Keluar Tiga Hari Belajar Agama
View this post on Instagram
“Sumpah saya memang tak sangka akhirnya dapat beli rumah idaman ini. Lama dah saya impikan. Saya selalu beritahu suami (Raf) untuk ada rumah tersebut satu hari nanti.
“Kalau ikutkan, saya tahu pasal rumah itu. Cuma saya tak sangka yang Raf akan buat surprise (kejutan) sempena ulang tahun keempat kami di rumah tersebut.
“Bukan setahun dua kami kumpul wang dan bekerja keras untuk itu. Empat tahun juga selepas bernikah kami mula menabung perlahan-lahan,” katanya.
Mengakui bukan mudah untuk memiliki aset di usia muda, Mawar berkata tidak dapat digambarkan perasannya apabila impiannya itu dikabulkan Tuhan.
“Bukan senang nak ada aset pada usia muda. Kerja keras siang malam, bila dapat sesuatu yang kita idam dengan hasil usaha sendiri, lain betul rasanya,” katanya.
Kata Mawar lagi, dia dan suami merancang untuk berpindah ke rumah baharu mereka yang terletak di ibu kota itu selewat-lewatnya Ramadan tahun depan.
- SUMBER
- Kosmo!
Aku tak faham. Kalau suami hadiahkan patutnya guna duit suami 100% la kan? Kalau duit cari sesama bukan hadiah sangat ler.
Rezeki masing2 ada yg kwin hidup mewah dpt apa yg diimpikan. Tp ada jugak yg tertekan kerana indah khabar dari rupa. Ingt lps kwin makin happy rupanya makin bnyk masalah dan tekanan yg kena tanggung!
Ni sekor lg..aritu si abg luahkan cinta kasih syg memualkan kat bini..ni adik dia pulak bg umah kat bini pastu bini lak tulis ayat meloyakan konon sayang cinta bagai..wei nk muntah la..bkn nk jealous tp tlg la x pyh nk upload kata2 camtu wei..kau ckp je la kat laki kau aje..haprak betul sume ni
Aku je ker yang nak temutoh dua ekor sapi ni
Xde aku nk heran pun ko dpt umah rega 2 juta ke, 200 juta ke? Sbb ia langsung xde kena mengena dgn susah senang hidup aku pun.
LHDN sila jalankan tugas
Apa ke lahanat selepas berusaha susah oayah katanya..aku ni senior manager kerja mcm nk mampus nk beli rumah 1juta pun pyh..ko dh kawin dgn anak org kaya mmg senanglaaa manjang….
anje abang anje. siot la nak muntah
Pasanan ideal, ni baru suami mithali, murah rezqi beri istri hadiah, istri senyum pun suami dpt pahala, apa lagi dia happy dpt hadiah dari suami…
suami nya mmg kayalah dari awal sebelum kawin, byk bznz smpai ke london..
Onyonyoo semua nak canang kt social media. Jenama spender bra boxer tanak bitau kah
anje berdiri kt bulatan sana, syg berdiri kt bulatan sini, kita ambil gambar dan upload di soc med supaya mendapat like byk dari netizen
Senior magnet.ko sm company apa.laki aku sm company oil and gas mampu beli rumah sejuta lebih.takat sm company cikai mmgla.
Pangkat je tggi tp gaji sedeyh skang ni.dah pegi tukar keje
anje ke anjenggg???
Kalu beli cash itu hadiah namanya. Tp kalu buat pinjaman bank atau along itu hutang namanya. Selalunya pinjaman bank diberi sepanjang 30 thn tertakluk pd usia pemimjam.
Sedekah atau pemberian akan menjadi sia sia jika menyakiti orang yang diberi. Bagai air hujan yg turun dia tas batu yg berdebu/bertabah hilang begitu sahaja.
Bagi duit bulan bulan kpd keluarga pon nak bgtahu dlm ig ka Mawar? Ikhlas tak perlu diceritakan. Keluarga bukan pengemis. Tapi tanggungjawab.
Kalau ungkit. Tak mustahil miskin balik.