fbpx

Mawar Rashid Pula Tawar Wish Birthday Untuk RM20

Selepas Janna Nick, kini giliran Mawar Rashid pula mencari ‘duit tambahan’ apabila menawarkan servis yang sama kepada peminat, ucapan hari jadi daripadanya dengan harga yang jauh lebih murah, RM20.

BACA: Ucapan Birthday Janna Nick, Dua Hari Raih RM2,000

Servis berkenaan telah dimuat naik Mawar di Instastory baru-baru ini. Sebelum ini Janna yang memulakan khidmat ini namun dikecam hebat oleh orang ramai kerana mahal dan ‘terdesak’ mencari duit.

Tetapi kali ini Mawar pula tampil menawarkan khidmat ini kepada peminat selepas kontroversi Janna sebelum ini. Mungkinkah ianya bakal menjadi trend di kalangan selebriti selepas ini?

Dikhabarkan Janna mampu mengaut keuntungan sehingga RM2,000 selama dua hari sahaja menjalankan servis ini. Tidak hairanlah Mawar juga turut mnejejakkan kaki melakukan perniagaan ini.

Tidak pasti mereka ini ‘terdesak’ mencari duit atau pun tidak, tetapi pastinya khidmat yang mereka tawarkan ada permintaan di luar sana. Beruntung jadi artis, senang membuat duit dalam masa yang singkat! (rtky/w)