Mawar Rashid Mengaku Masih Sentap Dengan Isu GST
Pasti ramai masih ingat lagi, pelakon Mawar Rashid pernah digelar ‘Mawar GST’ apabila mengakui tidak tahu mengenai cukai itu ketika ditanya pada program pencarian Dewi Remaja lima tahun lalu.
Menurut Mawar, dia mengakui masih ‘sentap’ dengan kontroversi berkenaan malah tidak dapat menahan air mata apabila video itu dipertontonkan semula pada pelancaran produk kosmetiknya baru-baru ini.
BACA: Mawar Rashid Bimbang, Takut Kena Bedah Buang Cyst
“Kalau boleh, saya mahu buang jauh kisah itu. Tapi saya belajar banyak perkara. Insiden itu menyebabkan saya jatuh ‘terduduk’. Hakikatnya, saya bukan sengaja tidak menjawab soalan mengenai GST. Ketika itu, saya hanya jadi diri sendiri, namun, orang nampaknya tidak boleh terima.
“Pada detik itu, saya gementar dan tergamam hingga jadi mengarut… Saya terlalu lurus,” katanya kepada BH Online.
Ujarnya, video itu disunting ahli keluarga tanpa pengawasannya sekaligus membuatkannya mengingat kembali detik paling teruk dalam hidup. Ujarnya, ketika itu dia dituduh bodoh sedangkan keputusannya ketika di sekolah cemerlang.
“Saya dituduh bodoh. Tapi saya bukanlah bodoh. Saya dapat 4A masing-masing pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya dapat 5A.
“Andai saya tidak bijak, buat apa saya sambung pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan.
“Saya kumpul dan bina semangat dengan sokongan keluarga, peminat dan kawan-kawan. Saya jadi lebih kuat. Saya juga belajar berdiam diri dan buktikan dengan kejayaan dalam bidang diceburi,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Lol…. Tergelak aku
Just want to say…. Brapa awk dapat A tak boleh buktikan awak tu bijak pandai
Lololololol….
dpt 20 A setakat atas kertas tidak menjamin awak jd bijak dlm dunia sebenar…sekarang dpt A yg banyak pun x perlu berlagak sgt
Kau bangkit terima lah akibatnya.
10 A pun tidak jamin bijak.
Sebab semua mcm lakunan juga boleh main hafal.
Kdg2 dlm akademik masa zmn sekolah kita pandai tp kita x pandai dlm isu2 semasa sbb x ambil tau apa yg berlaku. Kita mmg x sempurna tp bila benda2 besar yg hebuh diperdebatkan oleh netizen kita x tau mmg terserlah laa mcm katak bawah tempurung!
Org dh lupa. Buat apa bg ingat?
Siapa panggil saya?
Dumb blonde bimbo ….
Budak sekolah rendah pon tau ape gst. Ko wat malu je la mawar.
bijak mengail ikan emas
even you have a degree or 4a’s or 5a’s and i don’t care about whatever subject you passed with flying colours. You need to keep update with the local and global news so people won’t look down on you .
Org yg x pndai dlm akademik lg pndai dlm bidang membawang…