fbpx

Mawar Rashid Mohon Maaf Kurang Peka Isu Semasa

Baru-baru ini kecoh mengenai cerita peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid yang gagal menjawab soalan mengenai maksud sebenar GST yang sedang rancang diperkatakan sekarang. Berpunca daripada perkara tersebut, Mawar diserang teruk oleh aktivis internat atau keyboard warrior.

Mawar Rashid Mohon Maaf Kurang Peka Isu Semasa - ROTIKAYA

Sehubungan itu, Mawar memuatnaik gambar di Instagram miliknya dengan niat mahu memohon maaf di atas kesilapannya itu kerana tidak peka isu semasa dan dalam masa yang sama akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

“Maksud GST is goods and services tax yangg menggantikan (sst) sales and services tax. Mawar mintak maaf pada semua sebab Mawar kurang peka tentang isu ekonomi negara”

“Pelajaran & assigments serta aktiviti Mawar yang padat setiap hari telah membuat Mawar lalai tentang perkembangan isu semasa. Mawar apologise once again dan ambil setiap kritikan dan teguran untuk improve diri Mawar to b a better person,” jelasnya di Instagram.

Apa yang lebih menyedihkan ialah terdapat komen-komen yang menggambarkan bahawa kesalahan Mawar tidak tahu mengenai maksud GST itu sebagai kesalahan besar dan tidak boleh dimaafkan. Malah ada yang berbangga dan mengaku lebih bijak daripada Mawar hanya kerana mereka mempunyai sekeping ijazah. Seriously?

Tapi dari apa yang kami lihat, Mawar bagaikan sudah lali dengan tohmahan dan tidak mengendahkan pelbagai lagi cemuhan kasar yang dilemparkan kepadanya. Bagus juga Mawar jika sudah kalis kontroversi awal-awal begini, senang mahu hadapi masalah gosip apabila sudah terkenal nanti. (rtky/s)