fbpx

Mawar Rashid Bimbang, Takut Kena Bedah Buang Cyst

Baru-baru ini pelakon Mawar Rashid berkongsikan kisah sedih apabila dia disahkan menghidap sista pada ovari kirinya (ovarian cyst) selepas melahirkan anak pertamanya pada Mac lalu.

Mawar turut bertanyakan pendapat netizen di Instagram berkenaan sesiapa yang pernah mempunyai pengalaman berdepan dengan Cyst. Mawar turut bertanya andai ada cara untuk membuang Cyst tanpa melakukan pembedahan.

BACA: Mawar Rashid Izinkan Anak Usia Tujuh Bulan Berlakon

Menurut Mawar, hasil pemeriksaan mendapati saiz Cyst tersebut sudah membesar sehingga mencecah 4.5 sentimeter.

“Saya dapat tahu ada Cyst pada ovari kiri selepas melahirkan anak pada Mac lalu. Ketika itu saiznya hanya berukuran lebih dua sentimeter sahaja.

“Doktor kata normal bagi wanita baru lepas beranak ada Cyst dan ia akan hilang sendiri tapi kena sentiasa pantau sebab takut semakin aktif,” katanya kepada mStar Online.

Mawar memberitahu dia dinasihati untuk menjalani pembedahan jika Cyst tersebut sudah melebihi lima sentimeter. Ujarnya lagi, ada kemungkinan besar ovarinya terpaksa dibuang jika Cyst itu menjadi semakin besar.

“Doktor ada suggest kalau dah lebih lima sentimeter kena buat pembedahan untuk mebuangnya, kalau tidak Cyst akan membesar dan melekat pada ovari.

“Kalau dah melekat, saya terpaksa buang ovari dan itu yang paling saya takut. Kalau boleh saya memang tak nak lakukan pembedahan. Buat masa ni saya nak cuba cara lain, mungkin berubat secara tradisional,” katanya.