fbpx

Mawar Rashid Izinkan Anak Usia Tujuh Bulan Berlakon

Usia putera kesayangannya kini mencecah tujuh bulan, Mawar Rashid berkata, dia dan suami, Raf Yaakob membuka peluang kepada anak mereka, Raden Muhammad Rafael untuk menceburi dunia lakonan.

Malah Mawar turut mengharapkan anak lelakinya itu akan mengikut jejak langkahnya untuk terjun dalam bidang seni, malah akan menyokong apa sahaja minat anaknya itu.

BACA: Mawar Rashid Tak Kisah Dituduh Pura Pura Bahagia

“Mawar okay sahaja kalau Rafael terbabit dalam bidang ini sebab saya dan Raf memang dari keluarga seni dan sokong apa sahaja minat anak.

“Sejujurnya saya suka kalau anak berlakon, mungkin sebab saya terlalu mencintai bidang seni dan bakat yang saya ada ini datang dari emak yang juga merupakan seorang model dan pelakon di Thailand, jadi darah seni itu sudah mengalir.

“Kalau dalam masa terdekat ada orang tawarkan peluang untuk Rafael berlakon atau sebagainya saya anggap itu rezeki dia. Cumanya, apabila dia sudah besar nanti dia berkah untuk tentukan apa minatnya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Mawar berkata dia kini dalam usaha mendekatkan anak-anaknya dengan dunia seni dengan membawa mereka ke set penggambaran.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Raden Ahmad Rayyan, 8, dan Raden Seri Raysaa Chanela,4 hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.