fbpx

Mawar Rashid Harap Anak Pandai Cakap Bahasa Kelantan, Siam & Indonesia

Mempunyai seorang cahaya mata perempuan, pelakon Mawar Rashid berkata dia tidak sabar untuk melihat anaknya itu membesar dengan baik.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mawar berkata dia berharap anak perempuannya itu mahur bercakap dalam dialek Kelantan.

BACA: Belajar Mengaji Di IG, Mawar Rashid Seronok Ajak Orang Kumpul Pahala

Bukan itu sahaja, Mawar juga mahukan anaknya itu mahir bertutur dalam bahasa Siam da Indonesia memandangkan dirinya berdarah keturusan Kelantan Siam, manakala suaminya, Raf Yaakob keturunan Seberang.

“Tak sabar nok tunggu awok besar, panda kecek Kelate, panda kecek Siam dan Indonesia (sebab daddynya ada darah Indonesia gituw),” tulisnya.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta, 6 bulan.