fbpx

Belajar Mengaji Di IG, Mawar Rashid Seronok Ajak Orang Kumpul Pahala

Mengisi masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan aktiviti mengaji di IG Live, pelakon Mawar Rashid menerima reaksi positif daripada netizen.

Bagaimanapun, Mawar berkata ada juga komen negatif yang mempersoalkan tindakannya itu namun dia membiarkan sahaja komen tersebut.

BACA: Tak Sanggup Berjauhan, Mawar Rashid ‘Angkut’ Anak Pergi Kerja

“Saya sedar ada juga komen negatif yang mengatakan tak perlu la mengaji kat sosial media. Kita nak mengajak orang untuk melakukan kebaikan. Semuanya bergantung pada nawaitu kita.

“Tapi tak apa… 100 orang gembira dengan perkongsian itu dan hanya seorang sahaja yang negatif. Bagi saya, janji ramai orang yang gembira sebab saya pun terima banyak DM yang sangat positif.

“Kita ajak orang buat perkara baik dalam pada masa sama kita pun akan dapat pahala. Macam Ebit Lew, dia bantu orang dan secara tidak langsung mengingatkan kita banyakkan sedekah juga,” katanya.

Dalam pada itu, Mawar turut rasa terharu apabila penyanyi Ai Wahida menjadikan dirinya sebagai inspirasi untuk belajar mengaji semula.

“Saya jadi seronok dan teruja untuk teruskan kelas mengaji di Instagram sebab ramai orang DM cakap seronok dapat sertai kelas itu sekali.

“Masa sebelum saya bertudung, saya ada belajar mengaji tapi berhenti lama juga. Tapi waktu itu, saya memang nak belajar untuk berhijrah menjadi muslimah yang baik,” katanya.