fbpx

Mawar Karim Terkejut Fizo Omar Terasa, Akui Masih Single

Usahawan Mawar Karim berkata dia terkejut apabila bekas suaminya, Fizo Omar terasa dengan komen balas dibuatnya terhadap netizen. 

Memetik mStar Online, Mawar berkata kenyataannya itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.

BACA: “Saya Tak Sempurna, Tapi Saya Tak Fake” – Mawar Karim Tuju Pada Siapa?

“Saya hanya jawab satu jawab satu fake akaun yang menyerang saya di media sosial. Dia masuk ‘rumah’ saya, jadi saya jawablah. Saya balas secara umum tanpa menunjukkan kenyataan itu  kepada sesiapa.

“Namun, agak terkejut apabila ada pihak yang terasa. Saya bukan sengaja nak ‘meletup’ di media sosial sebab lepas cerai saya ada berkawan dengan beberapa orang, agak pelik sebab dia terasa,” katanya.

Dalam pada itu, Mawar menegaskan dia masih single namun mengakui sedang mengenal hati budi seseorang. Ujarnya lagi, dia tidak akan kongsikan jika ada khabar gembira.

“Status saya masih single dan sedang mengenali seseorang… kalau nak kahwin, saya akan cakap. Benda baik saya akan ceritakan.

“Cumanya, kisah peribadi memang saya kurang berkongsi di media sosial sebab saya bukan artis. Saya lebih banyak bercerita fasal perniagaan,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Mawar menjadi perhatian apabila seolah memberi bayangan dia banyak menanggung keluarga ketika bergelar isteri.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Mawar tidak menyebut nama mana-mana pihak namun mengakui hidupnya kini lebih tenang bebanding dahulu.