fbpx

Baru-baru ini, perkongsian usahawan Mawar Karim menjadi perhatian apabila seolah memberi bayangan dia banyak menanggung keluarga ketika bergelar isteri.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Mawar tidak menyebut nama mana-mana pihak namun mengakui hidupnya kini lebih tenang bebanding dahulu.

BACA: Mawar Karim Syukur Hidup Lebih Tenang, Duit Tak Lesap

Kemudian, perkongsian pelakon Fizo Omar pula menjadi bualan apabila memuat naik gambar bersama keluarganya dengan mengatakan bahawa difitnah juga merupakan salah satu rezeki serta rezeki ujian yang akan berikan kekuatan.

Terbaru, Mawar dilihat memuat naik kata-kata di Insta Story miliknya namun tidak menyebut nama mana-mana pihak sekaligus mencetuskan tanda-tanya.

“Saya mungkin bukan yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya tidak berpura-pura. Dengan saya, apa yang awak lihat itulah yang awak dapat.

“Ia bukanlah kerja saya nak dedahkan orang yang berpura-pura. Akan ada masanya mereka akan mendedahkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” kongsinya.

Terdahulu, Mawar dan Fizo Omar pernah berkahwin pada 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.