fbpx

Mawar Karim Dikecam Keluar Rumah Dalam Edah

Baru minggu lalu mengumumkan penceraian, kelibat Mawar Karim keluar di pusat membeli belah bersama anaknya, Wan Maryam mengundang kritikan apabila beliau keluar dalam tempoh masih edah serta bersolek cantik.

BACA: “Orang Kata Saya Pilih Mak, Korbankan Isteri Dan Anak”

Menerusi Instagram, Mawar memuat naik sekeping gambar bermain bersama anaknya di pusat beli belah. Gambar berkenaan merupakan gambar pertama Mawar berada di luar rumah selepas bercerai dengan Fizo Omar.

Di ruangan komen, netizen tamil menegur usahawan ini yang tidak mengikut edah dengan keluar dan tampil cantik di khayalak ramai. Dakwa mereka Mawar tidak seharusnya keluar sehingga tempoh tiga bulan.

Bagaimanapun sesetengah mereka pula berpendapat edah bercerai hidup berbeza dengan edah bercerai mati. Menurut mereka, edah bercerai hidup tidak perlu berkabung selama tiga bulan dan boleh bersolek.

Ternyata gambar Mawar itu telah menimbulkan perbalahan dikalangan netizen yang mempunyai berbeza pandangan mengenai edah. Apapun sebaiknya kita rujuk pada yang pakar agar ia tidak jatuh fitnah pula. (rtky/w)