Mawar Karim Dah Kahwin Tiga Bulan?
Baru-baru ini usahawan tudung, Mawar Karim mengakui sedang bercinta serta mengenali hati budi seorang ahli perniagaan serta merancang untuk berkahwin tahun ini.
Bagaimanapun, terbaru timbul desas desus apabila sumber memberitahu Harian Metro bahawa usahawan itu sudah pun berkahwin dengan ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Z itu tiga bulan lalu.
BACA: Sumber Dedah Mawar Karim Dah Kahwin?
“Mereka (Mawar Karim dan Datuk Z) dah kahwin tiga bulan lalu. Mawar bermadu,” kata sumber.
Bagaimanapun, Mawar yang ditemui pada Majlis Perasmian Lana’s Bakery Land di Petaling Jaya, semalam menafikan spekulasi tersebut. Malah, sumber itu juga memberitahu Mawar hadir pada majlis berkenaan bersama suaminya.
Menurut Mawar, dia mempunyai perancangan untuk berkahwin bagaimanapun tidak pasti bila serta memohon mendoakan yang terbaik.
“Insya-Allah, kita dalam proses (kahwin). Perancangan itu ada, doa yang terbaik. Apa pun perancangan Allah yang tentukan. Bila tu tak tahu lagi. Mungkin bulan Disember, Januari.
“Anak pun okay, sebab ada proses mengenali. Nak perkenalkan calon, dia orang biasa saja. Saya pun jarang kongsi cerita peribadi di media sosial. Saya kongsi kerjaya saja,” katanya.
Dalam pada itu, Mawar berkata ahli perniagaan itu beza lebih 10 tahun daripadanya serta boleh menerima anak perempuannya, Wan Maryam.
“Umur, beza lebih 10 tahun. Ciri-ciri, yang penting penerimaan anak saya. Sebab kiranya pakej lah, ada anak saya sekali ‘one plus one’. Sebab tak semua orang boleh terima.
“Jadi apa yang penting berkat doa mak, doa saya sendiri, keserasian anak, itu sangat penting. Keluarga pun tahu. Saya doakan yang terbaik,” katanya.
Sebelum ini tular dakwaan Mawar sudah berkahwin pada 5 Februari lalu di Bukit Tinggi, Pahang. Turut disertakan dengan pendedahan itu beberapa keping gambar usahawan itu dengan tirai latar (backdrop) tertera pangkal namanya dan lelaki berkenaan seperti digambarkan berapa pada hari bahagia mereka.
- SUMBER
- Harian Metro
Maduuu punn Maduuu laa JANJI ada lakiiii nokkkk!!
OK LEPASSS NI TAK SAD LAGI YAAAAA
Hahaha….mcm2 la korang ni
bakal jd Datin nok…
Lu jgn main2. Kalu dah kawen mengaku je dah kawen abis crita, jgn undang fitnah. Kalu betul dah 3 bulan kawen tp x mengaku dibuatnya lepas nie bunting tidak ke haru kena kata memang dah kawen 3 bulan dulu. Takde keja cari keja.
bagus la dapat title datin terus.. sebab tu kawin kena yang sekufu.. setakat pijo anok mak yang kosong tu lupakan je lahh
dia ckp dia nk kawin kn, sabar la… adehh dlu pn org fitnah ckp dia bankrupt.. skang pe citer??
aku lebih percye ckp mawar la admin…