fbpx

Sumber Dedah Mawar Karim Dah Kahwin?

Baru-baru ini usahawan tudung, Mawar Karim mengakui sedang bercinta serta mengenali hati budi seorang ahli perniagaan serta merancang untuk berkahwin tahun ini.

Bagaimanapun, terbaru timbul desas desus apabila usahawan itu dikhabarkan sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Utara tanah air.

BACA: Mawar Karim Mengaku Sedang Bercinta, Rancang Kahwin Tahun Ini

Perkara itu didedahkan oleh seorang netizen kepada Kosmo! dimana sumber itu mendakwa Mawar sudah berkahwin pada 5 Februari lalu di Bukit Tinggi, Pahang.

“Mawar tu dah kahwin dengan di Bukit Tinggi, Pahang,” tulis sumber.

Turut disertakan dengan pendedahan itu, termasuk beberapa keping gambar usahawan itu dengan tirai latar (backdrop) tertera pangkal namanya dan lelaki berkenaan seperti digambarkan berapa pada hari bahagia mereka.

Malah, ada VIP yang juga kenalan terdekat pengantin yang turut ialah pelakon era 1990-an Mas Anizan serta isteri kepada seorang menteri Kabinet.

“Dia dah 5 Februari,” tambah sumber.

Bagaimanapun, tidak dapat diapstikan kesahihan perkara itu sama ada benar atau tidak. Yang jelas kelihatan hanya Mawar dilihat berpakaian serba putih seperti yang digayakan pengantin.

Mawar sebelum ini berkahwin dengan Fizo pada 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam kini berusia empat tahun.