fbpx

Mawar Karim & Anak Positif COVID-19?

Sejak semalam, perkongsian di Insta Story bekas isteri Fizo Omar iaitu Mawar Karim menjadi bualan netizen apabila usahawan tudung itu memuat naik posting seolah memberi gambaran dia dan anaknya, Wan Maryam dijangkiti Covid-19.

Malah, menerusi satu entri, Mawar berkata dia dan anaknya perlu kuat melawan virus berkenaan serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan mereka.

BACA: Kongsi Gambar Tangan Lelaki, Mawar Karim Dah Jumpa Pengganti?

Dalam posting itu, Mawar turut menggunakan tanda pagar Covid-19, Covid dan Covid Fighters sebagai semangat untuk dirinya serta anak yang berusia tiga tahun.

Dalam pada itu, Mawar sempat mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang membantunya serta turut memuat naik gambarnya dipercayai dijemput oleh pihak hospital yang datang lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE)

Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Mawar dan Maryam segera sembuh dipermudahkan urusan serta kuat menempuh dugaan tersebut.