fbpx

Kongsi Gambar Tangan Lelaki, Mawar Karim Dah Jumpa Pengganti?

Hampir setahun lebih bergelar ibu tunggal, baru-baru perkongsian gambar terbaru oleh pengusaha tudung terkemuka, Mawar Karim di akaum Instagram miliknya menjadi perhatian ramai.

Menerusi entri itu, Mawar yang juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar ada memuat naik gambar memaparkan dirinya serta turut kelihatan tangan seorang lelaki misteri.

BACA: Mawar Karim Dikecam Keluar Rumah Dalam Edah

Diruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya siapakan gerangan lelaki misteri itu dan hanya membiarkan peminat berteka-teki mengenai siapakah pemilik tangan tersebut. Menerusi perkongsian tersebut Mawar turut menulis beberapa coretan serta azam baru sempena kedatangan tahun 2021.

Dalam pada itu, di Insta Story Mawar ditanya adakah dia sudah temui pengganti bekas suaminya, malah ada yang bertanyakan adakah dia akan kembali bersama bekas suaminya.

Bagaimanapun, Mawar menjawab soalan itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum. Mawar juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya selama ini.

Mawar dan Fizo telah berkahwin pada November 2013 rumah tangga mereka hanya mampu bertahan selama 6 tahun apabila bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam kini berusia empat tahun.