fbpx

Mawar Karim & Anak Disahkan Bebas Covid-19

Awal Januari ini, pengasas tudung terkemuka Mawar Karim bersama anak perempuannya, Wan Maryam disahkan positif Covid-19 dan telah menjalani rawatan serta kuarantin di sebuah hospital.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story semalam, bekas isteri pelakon Fizo Omar itu memaklumkan sudah pun keluar dari hospital selepas disahkan pulih dari wabak tersebut.

BACA: Mawar Karim & Anak Positif COVID-19?

Dalam entri tersebut, Mawar turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya dan juga anaknya, serta memberikan kata-kata semangat.

Dalam pada itu, Mawar turut berkongsikan simptom yang dialaminya apabila dijangkiti virus tersebut. Menurut Mawar, dia turut berdepan dengan sesak nafas dan sakit kepala. Namun, lega anaknya tidak mengalami apa-apa simptom selain demam.