Umum sedia maklum kerajaan sudah membenarkan orang ramai untuk solat jemaah di masjid tetapi perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan dengan mengamalkan jarak sosial.
Bagaimanapun, pengembara dan pengacara dikenali ramai, Mat Dan meluahkan rasa terkilan kerana tidak dibenarkan masuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat semalam.
BACA: Mat Dan Terima Status Penduduk Tetap Malaysia
Dilihat sebak meluahkan perkara itu, Mat Dan berkata dia tidak dapat masuk ke masjid kerana dia bukan warganegara Malaysia. Menerusi perkongsian video itu, Mat Dan berkongsikan pengalaman di Mekah yang tidak mengenal kulit, bangsa mahupun rupa.
https://www.instagram.com/tv/CCuwnW7pTW3/?utm_source=ig_embed
“Agak sedih hari ini. Pukul 12 saya tunggu di masjid rumah saya dan abang Rela kita tak bagi masuk. Bukan sebab penuh ke, tak ikut SOP, semua ada tapi sebab bukan warganegara,” katanya.
Bagaimanapun, Mat Dan redha dengan SOP yang ditetapkan dimana warga asing tidak dibenarkan masuk dan rakyat Malaysia diutamakan serta meminta pandangan masyarakat berkenaan perkara itu.
“Terima kasih kepada abang Rela dan minta pandangan masyarakat. Saya faham kita kena utama rakyat Malaysia. Tapi come on lah. Saya ikut SOP,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen turut sama sebak melihat perkongsian Mat Dan itu dan meminta supaya bersabar. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Mat Dan diberi rezeki untuk menunaikan solat Jumaat minggu hadapan.