fbpx

Mat Dan, Isteri Bakal Timang Anak Kedua

Tahniah buat pengembara dan pengacara dikenali ramai, Mat Dan dan isteri, Nadifa Adnan yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Perkhabaran gembira itu didedahkan Mat Dan menerusi Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler memberitahu bakal menimang anak kedua itu pada penghujung tahun ini.

BACA: Mat Dan Terkilan Dihalang Tunai Solat Jumaat

Berkongsikan gambarnya bersama isteri anak mereka sempena hari raya, Mat Dan turut meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk isteri dan anak dalam kandungan.

“Di sini jugak kita gembira untuk berkongsi beriata yang kami bakal menimang seorang ahli keluarga baru. Insya-Allah pada penghujung tahun ini. Doa yang baik-baik saje,” katanya.

Untuk rekod, Mat Dan memeluk Islam pada tahun 2013 dan nama Islamnya  Karief Daniel Abdullah.
Mat Dan berkahwin dengan wanita berasal dari Terengganu, Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler, kini berusia 2 tahun.