Tak sampai sebulan mendirikan rumah tangga, satu demi satu kontroversi hangat diperkatakan mengenai perkahwinan pelakon jelita Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah.
Susulan itu, Hannah telah pun memuat naik kenyataan permohonan maaf di atas kontroversi melanda dan mengakui dirinya juga manusia biasa turut mempunyai masalah peribadi.
BACA:Tampil Mohon Maaf, Hannah Delisha Akhirnya Buka Mulut
Bagaimanapun, ibunya Noor Ashikin Ahmad dilihat masih lagi memuat naik puisi kiasan yang dipercayai ditujukan kepada anaknya.
Perkongsian terbaru ibu Hannah itu ternyata menimbulkan rasa kurang netizen yang sudah mula bosan dengan kiasan-kiasan yang hanya mengundang tanda tanya orang ramai. Malah, ada yang berkata luahan tersebut seolah membuka aib keluarga mereka sahaja.
Kata netizen, apa pun yang terjadi di dalam keluarga tidak perlu di suarakan di media sosial sebaliknya diselesaikan secara diam-diam sahaja.
Terdahulu, timbul dakwaan perkahwinan Hannah tidak mendapat restu ibuunya, malah ibu pelakon itu berkongsi kata-kata puitis di Instagram termasuk meletakkan tanda pagar #IbuTidakRestu sekaligus mencetuskan spekulasi netizen.