Sekian lama berteka-teka akhirnya selebriti popular Neelofa selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya, PU Riz, Sabtu lalu.
Setiap kali artis wanita berkahwin, pasti netizen mempersoalkan jodoh pelawak popular Zizan Razak, apatah lagi semua artis yang pernah dikaitkan dengannya sudah pun mendirikan rumah tanggah.
BACA: Jadi Bahan Lawak Netizen, Peminat Simpati Dengan Zizan Razak
Selepas Mira Filzah, perkahwinan Neelofa juga turut dikaitkan apabila netizen menyifatkan pelawak berusia 37 tahun itu ‘penjaga jodoh’.
Bagaimanapun, ramai yang bersimpati dengan Zizan serta mendoakan pelawak itu akan segera bertemu pasangan hidup serta mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Zizan pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Juliana Evans dan juga Emma Maembong namun terputus di tengah jalan. Malah, Mira Filzah juga tidak terlepas dari kontroversi percintaan bersama pelawak berusia 36 tahun itu.