Sejak kebelakangan ini, nama Mira Filzah menjadi bualan netizen yang memperkatakan mengenai cara pemakaiannya yang dikatakan semakin ketat dan dilihat tidak sesuai dengan imej wanita muslimah. Enggan ambil peduli dengan cakap-cakap orang, Mira berkata masih tahu menjaga etika pemakaian.
BACA: Mira Filzah Dituduh Rosakkan Hubungan Remy Ishak
“Bila bercakap soal netizen kita tidak boleh kawal, kadang-kadang benda simple pun saya pernah nampak mereka komen. Jadi apa yang saya nampak benda yang kita buat betul pun salah, ada antara mereka menegur cara positif dan ada setengahnya berunsur kecaman.
“Yang negatif tidak perlu nak ambil kira sangat. As for me, I know what I’m doing, saya masih lagi menjaga jaga batas.
“Tidak adalah keterlaluan, bergantung kepada situasi. Kalau baju longgar mungkin tudung tu akan ke atas sikit, kalau baju ketat saya akan labuhkan tudung, kebanyakkannya begitu,” katanya kepada Astro Gempak.
Kata Mira lagi, dia menerima nasihat yang diberikan kepadanya jika teguran yang itu berbentuk positif. Ujarnya lagi, dia akan memadam mana-mana komen netizen berbaur kecaman di media sosialnya.
“Tapi yang mana berunsur kecaman tu kita padam jugalah sebab kadang-kadang saya nampak yang memberikan komen ini muda lagi. Belasan tahun yang mungkin dia sendiri tidak bertudung, jadi kita tak tahu betul atau tidak sebenarnya niat dia untuk komen itu ikhlas atau pun berunsur kecaman.
“Mana komen yang positif kita ambil dan muhasabah diri. As time goes by kita cubalah perbaiki pada masa akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, Mira berkata selepas ini dia akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik gambar di media sosial. Apa pun, mungkin Mira sendiri boleh mengambil teguran yang diberikan jika kena pada gayanya.