fbpx

Mira Filzah Dituduh Rosakkan Hubungan Remy Ishak

Baru-baru ini, Remy Ishak ada memuat naik gambarnya bersama Mira Filzah yang tampil sedondon di majlis Festival Filem Malaysia (FFM) Sabtu lalu. Ramai yang memuji kedua pelakon itu yang nampak sepadan bersama serta ramai mendoakan agar pasangan itu benar-benar bercinta.

Bagaimanapun, ada netizen kurang senang melihat gandingan mereka berdua yang mendakwa Remy Ishak dikatakan sedang angau dengan Mira Filzah. Malah, ada netizen menuduh Mira Filzah seorang perampas serta merosakkan hubungan Remy dengan bekas tunangnya.

BACA: Peminat Tuduh Remy Ishak Angau Dengan Mira Filzah

 

Bagaimanapun, ramai pengikut mempertahankan Remy dan Mira Filzah dengan mengatakan mereka hanya bergambar bersama sahaja . Tidak kurang juga ada yang berpendapat jika ada jodoh antara mereka tiada salahnya.

Bulan lalu, Remy mengesahkan pertunangannya dengan Ezza Yusof sudah pun berakhir sejak sebulan lalu. Menurut Remy, setelah dua tahun bertunang, beliau tidak nampak arah ke perkahwinan.