fbpx

Masih Isteri Orang, Lufya Terima Beratus Mesej Dari Lelaki

Umum mengetahui, kemelut rumah tangga Lufya Omar masih berpanjangan apabila Dr Che Muhammad Hafiz enggan menceraikannya sedangkan sebelum ini suaminya pernah mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya melalui aplikasi WhatsApp.

Masih bergelar isteri orang, Lufya meluahkan rasa tidak tahan apabila hampir saban hari menerima beratus-ratus mesej daripada lelaki di media sosial yang ingin berkenalan dengannya.

BACA: Suami Lufya Omar Beri Nafkah Anak Hanya RM250 Sebulan?

Malah, Lufya turut meminta mereka yang berkenaan agar berhenti menghantar mesej kepadanya. Ujarnya lagi, bukan niatnya untuk bermegah tetapi biar apapun kemelut yang melanda dalam rumah tangganya, dia masih isteri orang.

“Beratus-ratus mesej saya terima konon hendak ‘merawat’ hati ini. Saya tak balas kerana saya masih isteri orang walaupun status bagai ‘tergantung’. Saya boleh jaga diri dan maruah. Kenapa lelaki yang menghantar mesej begini tidak boleh jaga diri?

“Bukan niat saya hendak berbangga dengan berkongsi paparan skrin mesej diterima di Instagram (IG), apatah lagi bermegah konon ada yang sanggup membahagiakan diri ini.

“Hakikatnya, saya masih isteri orang… Jadi, hentikanlah menghantar mesej begitu,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Lufya ada memuat naik paparan skrin mesej yang diterima daripada lelaki yang mahu berkenalan dan mendekatinya.