fbpx

Masih Bersama Ramli MS, Akui Ibu Tunggal Anak Satu Jadi Punca

Baru-baru ini, tindakan penyanyi Alyah meninggalkan komen bebaur sindiran kepada suaminya, Ramli MS, menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen mengenai keadaan rumah tangga pasangan tersebut seolah sedang bergolak.

Namun, Alyah menjelaskan pada asalnya komen tersebut hanya gurauan semata-mata, namun satu komen yang ditinggalkan oleh seorang wanita yang tidak dikenali membuatkannya hilang sabar.

BACA: “Sudah 8 Tahun Saya Seorang Saja, Cukuplah”

“Sejujurnya, kami memang ada isu sedikit dan komen saya itu asalnya hanya bergurau tetapi bila ada satu komen balas daripada seorang wanita tidak dikenali membuatkan ia jadi berpanjangan dan saya hilang sabar.

“Dia tak tahu apa-apa tetapi sibuk nak komen dalam tu. Dia nasihatkan kita, bila kita nasihat dia, dia bising pula. Dia masuk ruangan kita kemudian lemparkan kata-kata hinaan. Saya balas komen dia empat kali sahaja tapi dia terus memanjangkan komen dan berterusan tag nama saya di situ,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Alyah, beliau mahu mengambil tindakan dengan menyaman wanita tersebut, namun timbul rasa simpati apabila mengetahui wanita itu merupakan seorang ibu tunggal.

“Ikutkan saya boleh saja kalau nak saman dia… tapi bila disiasat wanita itu berstatus ibu tunggal bersama seorang anak, saya masih ada belas kasihan.

Dalam pada itu, Alyah menegaskan beliau dan Ramli MS masih lagi bersama, namun enggan bercakap lebih lanjut kerana tidak adil bagi dirinya yang perlu menjawab menjawab segala persoalan rumah tangga selama 8 tahun.