fbpx

Masih Berpantang, Fasha Sandha Dah Keluar Sambut Birthday Anak Saudara

Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya dengan pelakon Aidil Aziz tiga minggu lalu, Fasha Sandha tidak lokek berkongsikan wajah puteri kesayangan mereka yang diberi nama Aisha Amaira buat peminat.

Meskipun masih dalam proses berpantang, baru-baru ini Fasha memberitahu dia sanggup keluar demi meraikan sambutan hari lahir anak saudanya diluar walaupun belum sepenuhnya sihat daripada melahirkan.

BACA: Followers Fasha Sandha Naik 5 Juta Lepas Bersalin

Perkongsikan Fasha itu menimbulkan rasa kurang senang netizen mengkritik tindakan pelakon itu kerana bimbang ada perkara yang tidak diingini berlaku kerana baru sahaja melahirkan.

Malah netizen turut memberi teguran, dalam keadaan negara masih belum bebas dari pandemik Covid-19 adalah lebih baik jika duduk sahaja di rumah.

Walaupun ada yang bimbang dengan keadaan Fasha, namun ramai juga mengatakan tidak mengapa asalkan pandai menjaga diri. Netizen juga berpesan supaya menjaga diri dan jalani proses berpantang dengan sebaiknya.