fbpx

Followers Fasha Sandha Naik 5 Juta Lepas Bersalin

Selamat menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan dengan suami iaitu pelakon Aidil Aziz, Fasha Sandha memaklumkan jumlah pengikut di Instagramnya meningkat sehingga lima juta pada hari kelahiran anaknya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha mengucapkan terima kasih buat semua pengikut dan peminatnya yang sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan keluarga.

BACA: Fasha Sandha, Aidil Aziz Dedah Wajah & Nama Anak

“Pengikut ibu naik ke 5M hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan ibu, Alhamdulillah. Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik-baik untuk ibu saya sejak dulu lagi,” tulisnya.

Pernah dua kali berdepan keguguran sebelum mendapat Aisha, Fasha turut menasihatkan golongan ibu supaya tidak berputus asa dan terus berdoa agar dikurniakan rezeki zuriat.

“Aisha adalah anak kelima ibu dan ayah. Dua lagi anak ibu dan ayah sudah dalam syurga Allah. Ibu pernah dua kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi, ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa. Al-Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga.

“Kepada ibu-ibu yang pernah melalui nasib yang sama dengan ibu Aisha, jangan putus asa. Allah itu sebaik-baik perancang,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Fasha turut berkongsikan nama penuh anaknya iaitu Aisha Amaira Binti Mohd Aidil serta maksud disebalik nama tersebut yang membawa erti bahagia dan cantik selamanya.