fbpx

“Masih Ada Yang Ajak Kahwin Walaupun Saya Sakit”

Melewati usia 55 tahun dan tidak pernah berkahwin, Ebby Yus memberitahu ada wanita yang mengajaknya untuk berkahwin walaupun dalam keadaan kesihatannya kini yang tidak baik.

BACA: “Saya Terkejut DS Najib Datang Melawat”

“Walaupun dalam keadaan kesihatan kurang baik, masih ada wanita sudi mengajak saya berkahwin dengannya. Namun, soal perkahwinan tetap membabitkan dua hati dan untuk keadaan sekarang, saya sudah pasrah”

“Saya pernah mencubanya ketika usia masih muda dulu. Namun, siapalah kita. Sebagai manusia, saya hanya mampu merancang, kerana selebihnya tetap berbalik pada izin Allah SWT”

“Masih membujang pada usia adalah takdir saya. Tidak berkahwin bukanlah satu masalah, cuma dalam keadaan sekarang apabila berhadapan masalah kesihatan ia sedikit memberi kesukaran kepada saya,” katanya.

Menurut Ebby, rupa paras bukan menjadi ukuran beliau menolak pelawaan wanita itu untuk berkahwin. Namun Ebby tidak mendedahkan sebabnya dan meminta sebab itu hanya diketahui oleh beliau sendiri.

Terdahulu Ebby mendedahkan beliau disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan jantung hingga menyukarkan beliau untuk bekerja lagi. Berita itu turut mendapat kunjungan bekas Perdana Menteri, Najib Razak. (rtky/w)