fbpx

“Saya Terkejut DS Najib Datang Melawat”

Pelawak, Ebby Yus terkejut apabila menerima kunjungan khas dari bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang datang menziarahinya di kediaman semalam di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dalam kunjugan selama 15 minit itu, Najib banyak bertanyakan tentang perkembangan kesihatan Ebby. Selain itu Najib sempat berpesan kepada Ebby agar menjaga pemakanan supaya tidak dijangkiti penyakit lain dengan mudah.

“Beliau meminta saya menjaga pemakanan supaya tidak dijangkiti penyakit dengan mudah. Najib banyak memberi kata-kata semangat kepada saya. Beliau luangkan masa datang menziarah selepas mengetahuinya menerusi berita”

“Sebagai tuan rumah, saya terima kedatangannya dengan hati terbuka sebagai tetamu untuk bertanya khabar secara lebih dekat. Sebenarnya, setiap tahun ketika sambutan Aidilfitri saya selalu diundang di kediaman rasmi Perdana Menteri,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini berita mengenai keadaan kesihatan Ebby mendapat liputan meluas apabila beliau disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan jantung hingga menyukarkan beliau untuk bekerja. (rtky/w)