fbpx

“Masa Syok Kapel, Tak Payah Gelabah Nak Post Banyak Sangat Gambar”

Setiap manusia ingin bercinta dan ingin rasa dicintai. Bagaimanapun, tidak semua hubungan akan berakhir ke jinjang pelamin. Boleh dikatakan ramai anak muda sekarang tidak segan silu menayang gambar bersama pasangan meskipun belum mempunyai ikatan yang sah.

Perkara itu sekaligus mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Azman yang menasihatkan anak-anak muda agar tidak terlalu menunjuk gambar pasangan di media sosial bimbang seandainya hubungan tersebut putus di tengah jalan.

BACA: PU Azman Mohon Maaf Panggil Isteri Rasulullah ‘Orang Tua’

Menerusi perkongsian di Twitter itu, PU Azman berkata sekiranya suatu hari nanti hubungan tersebut tidak berhasil, anda perlu memadam banyak gambar bersama bekas kekasih di media sosial.

Terkenal dengan gaya santai dalam menyampaikan dakwah, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong dan bersetuju dengan pendapatnya itu.

Malah, ramai yang berkongsikan pengalaman mereka yang berdepan perkara sedemikian. Tidak kurang juga ada yang mengatakan budak-budak sekarang bercinta mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin.