“Masa Ni Terkejut Bila Tahu Hamil, Check Sebab Period Dah Lewat” – Neelofa
Hampir empat bulan menimang cahaya mata sulung, sememangnya ramai yang tidak sabar melihat wajah anak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal.
Baru-baru ini, menerusi aplikasi TikTok Neelofa ada berkongsikan momen sebaik sahaja dia mengetahui dirinya hamil cahaya mata sulung.
BACA: Neelofa Tertekan Hari-Hari Peminat Minta Nak Tengok Wajah Bilal
Menerusi video itu, Neelofa mengakui terkejut apabila mengetahui dirinya hamil sambil memegang alat ujian kehamilan.
Dalam video berkenaan turut kedengaran suara Neelofa terkejut melihat alat ujian berkenaan kerana seolah tidak percaya dirinya berbadan dua.
@neelofa Bila pertama kali tengok the word pregnant di test kit #littlenunha #fyp
Kata Neelofa lagi, dia tidak merancang tentang kehamilan dan membuat ujian tersebut kerana haid sudah lewat.
“Bila pertama kali tengok the word pregnant di test kit. Masa ni terkejut bila tahu hamil, sebab tak rancang pun. Lepas tu macam ‘blur’ kejap sebab dah tiga minggu lebih. Buat ujian sebab haid dah lewat,” tulisnya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja melihat momen berkenaan. Malah, ada peminat meminta jika ada video reaksi suaminya PU Riz ketika mendapat perkhabaran gembira itu.
Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah bebas, PU Roz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Dh laa mek, dh basi!!! Anak nko pn kuar! Tk yah nk throwback bgai sebuuuu
nak jugakk letak..agaknye pu riz tu bg greenlight video lama sgt simpan nk jugk tunjuk hmm tunjukla janji tk tunjuk reaction dia cmne.dok ohmygod sorg2 jeler..dia ni mcm memberontak sbb kawin riz byk bende dia nk tunjuk mcm selalu tkdpt.nk tunjuk romantik2 si riz tknk layan..nk tunjuk suprise ngndung ape tkleh.ank pun kne tkbg tunjuk.. dh ko kawin pak ustat mmg laaa wehh. dua dunia berbeza sbnarnye..life dorg lain.kuarga pu riz mmg jenis humble walau kaya tknk tunjuk apa2 .kuarga neelofa ni hmm phm2la..
Lol..please lofa…no need to post this on social media. Be sensitive to those who have been waiting and trying fr yrs just to have a baby….kata taknak terkena ain. Tapi mcm meminta org mata merah, jealous..please la….since u alr keep saying taknak anak terkena penyakit ain..these throwbacks are rubbish and please just kp it for ur own keepsake..
Biarlah dia nak post pun, dia pun manusia biasa mcm kita jg, tak adalah over pun, tunjuk tgn & alat & sgt suara saja, bin tunjuk muka & peluk dgn suami mcm artis lain tu. Ada pulak yg komen tntg perasaan org lain, punya banyak org post termasuk terbaru uyaina arshad siap tunjuk duduk rapat dgn suami, keduanya post sama2 tak ada pulak nak komen mcm tu, komen sweet & tahniah adalah, kalau Neelofa semua tak kena kat mata korang ya. Itu namanya sengaja cari salah dia.
Anak dia bkn 4 bln tp baru 2 bln lebih lah admin
Alah ko time syok2 jolok dgn puriz,smpai shawat, pon dah agak akan gol kan?