Semalam, perkongsian pelakon dan penyanyi Abby Abadi mengucapkan selamat hari lahir buat anak ketiganya, Maria Danisha Hakim menjadi perhatian.
Dalam hantaran tersebut, Abby berkata seandainya dirinya sakit atau meninggal dunia tidak perlu datang serta meminta untuk uruskan hidupnya sendiri.
BACA: “Mama Sakit ke, Meninggal Jangan Datang” – Abby Abadi Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anak

Menerusi satu komen di Threads, Abby berkata kenyataannya itu tiada salahnya kerana ketika masih hidup dirinya seolah tidak wujud.
Abby juga turut meminta orang luar agar tidak perlu susah payah berfikir mengenai isu membabitkan dirinya itu kerana tiada kaitan dengan mereka.
“Takde salah pun cakap macam tu. Masa hidup dah buat macam tak wujud, kalau meninggal datang buat apa? Itu maksud saya… susah ke nak faham? Abaikan je terus selesai masalah. Awak pun tak payah susah-susah fikir. Tak terkait pun dengan hidup awak, okay,” katanya.