Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri bersyukur dikurniakan seorang ibu mentua yang penyayang dan seronok tinggal serumah.
Menerusi satu temu bual bersama Nona, Fazeera berkata ketika dia hamil ibu mentuanya tidak benarkan dia melakukan sebarang kerja.
BACA: Jawab Exam Masa Berpantang, Isteri Fizo Omar Syukur Raih Keputusan Cemerlang
“Dia sangat penyayang. Semasa saya mengandung, dia memang tidak membenarkan saya melakukan sebarang kerja. Dia meminta saya untuk berehat saja,” katanya.
Sementara itu, Fazeera berkata ibu mentuanya antara individu terawal menyedari dirinya hamil. Malah, ibu mentuanya turut pastikan selera makannya terjaga sepanjang dia berdepan alahan yang teruk.
“Orang yang paling awal mengesan saya mengandung adalah mak mentua sendiri kerana dia sangat tahu dan faham tentang simptom-simptom awal kehamilan itu.
“Dia akan bertanya saya mahu makan apa. Kalau saya ada alahan terhadap sesuatu makanan, dia akan cuba sedaya upaya untuk memasak hidangan yang saya boleh makan,” katanya.
Fizo berkahwin dengan Fazeera pada Oktober 2021. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata.