fbpx

Meskipun sudah empat hari mendirikan rumah tangga, kisah pengantin baru Shuib dan isterinya Watie Hanifiah menjadi bualan ramai di media sosial.

Terbaru, Shuib dilihat ada memuat naik gambar bersama Watie bermain golf. Shuib turut menyertakan kapsyen mengatakan itu merupakan pertama kali dia bermain golf dengan Watie.

BACA: Video Bulan Madu Shuib, Watie Dipenuhi Komen Lucah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Turut menjadi perhatian apabila ibu kepada pelawak itu iaitu Salamiah Jalani dilihat meninggalkan komen mengatakan itu merupakan pertama kali anaknya bermain gold dengan Watie.

“Ya, mama tahu masa arwah masih ada belum pernah sekali pun manja (panggilan Watie) main golf dengan Shuib. Inilah baru nampak selepas sah menjadi isteri,” tulisnya.

Difahamkan, komen Salamiah itu dipercayai menjawab dakwaan netizen mengatakan pasangan itu pernah bermain golf bersama sebelum berkahwin.