fbpx

Mas Khan Mengaku Salah Curi Wang Kripto RM213,805 Milik A. Aida

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila Datuk A.Aida menfailkan kes saman ke atas seorang selebriti atas tuduhan mencuri wallet mata wang kripto miliknya. Bagaimanapun, kes tersebut akhirnya menemui penyelesaian.

Difahamkan, pelakon Mas Khan telah mengaku bersalah atas tuduhan mencuri wallet mata wang kripto bernilai RM213,805 milik penerbit itu. Mas Khan bakal berdepan penjara 25 bulan jika gagal membayar denda RM17,000.

BACA: Terima 30 Jambak Bunga, A Aida Bersyukur Masih Jadi Rebutan

Kejadian itu berlaku di Taman Ukay Perdana, Ampang sekitar jam 5 pagi pada 7 Mac tahun lalu dan ianya berlaku sebanyak dua kali di mana nilainya terbahagi kepada RM59,804.15 dan RM154,000.85.

Dalam pada itu, Aida meluahkan rasa syukur keputusan mahkamah berpihak padanya. Aida berkata lagi, dia berharap isu tersebut menjadi pengajaran kepada semua termasuk Mas Khan.

Bagaimanapun, Aida berkata dia tidak menyimpan dendam terhadap pelakon itu yand sudah dianggap seperti adiknya dan berharap Mas Khan bertaubat.

“Sebagai orang Islam, saya tidak sesekali berdendam tetapi dalam masa yang sama berharap dia insaf kerana dia masih muda dan punya masa depan yang panjang,” katanya.

Malah, Aida juga tiada masalah untuk memberikan tawaran berlakon di bawah produksinya kepada Mas Khan pada masa akan datang.