Maryam Kecewa Jenama Terkenal Suruh Buka Tudung Untuk Photoshoot
Sejak bulan lalu, perkongsian personaliti media sosial iaitu Maryam You Narae menjadi perhatian apabila tampil berhijab sekaligus menjadi perhatian ramai yang mendoakan agar terus istiqamah untuk terus bertudung.
Terbaru, Maryam mendedahkan dia menolak tawaran untuk photoshoot berikutan diminta untuk membuka tudung. Malah, lebih mengejutkan Maryam berkata dia juga diminta untuk menipu.
BACA: “Tak Rasa Panas Bila Saya Ikhlas Pakai Tudung Bukan Terpaksa” – Maryam
View this post on Instagram
“Maryam reject buka tudung untuk photoshoot sebab diorang cakap kalau orang tanya cakap saja photoshoot tu buat sebelum saya pakai tudung. Allahuakbar saya tak sanggup lah buat macam tu so saya reject terus,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu juga, Maryam berkata dia seakan tidak percaya jenama terkenal itu memintanya untuk berbuat demikian.
Tegasnya lagi, dia sesekali tidak akan membuka tudung meskipun diberi bayaran lumayan untuk photoshoot berkenaan.
Dalam pada itu, Maryam meluahkan rasa syukur Allah menguatkan hatinya serta mengatakan dia juga tidak selesa apabila pernah diminta untuk memakai hijab kerana duit.
“Tapi Alhamdulillah Allah kuatkan hati saya. Ada juga orang minta saya pakai tudung sebab duit, tapi saya rasa tak selesa kalau buat macam tu sebab duit.
“Kalau tak dapat pun tak ada rasa rugi walaupun sebesar kuman. Maryam doakan semoga tiada mualaf get this kind of situation,” tulisnya.
SUKA dgn Maryam,insyaallah ada rezeki lain.Good Maryam =)
Napela mariam pilih jantan kelantan ketot buat laki. Mariam cantik pilihla yg helok, tinggi, dan macho. Kalau tak sebab mariam, si ketot tu tak kaya mcm now.
meanwhile tash young tu bukak tudung sbb pakai tudung masa PKP..ahahaaa