fbpx
  1. Perkongsian personaliti media sosial iaitu Maryam You Narae menjadi perhatian apabila memuat naik beberapa gambar dirinya tampil berhijab.

Antara yang menjadi perhatian satu posting memaparkan Maryam berada di tepi pantai dan kelihatan ibu kepada seorang cahaya mata itu ayu bertudung.

BACA: Isu DNA Anak, Ryzal Ibrahim Nekad Heret Netizen Ke Mahkamah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Uyou Nick (@maryamyunrrr)

Menurut Maryam, ibunya turut bertanyakan sama ada tidak panaskah bertudung. Maryam berkata pada awalnya dia bimbang jika tidak tahan panas apabila berhijab, namun Allah permudahkan segalanya.

“Saya buat face call dengan ibu saya. Ibu saya tanya “tak panas ke?pakai tudung. Sebenarnya saya pun selalu risau bila pakai tudung rasa lagi panas.

“Tapi sampai sekarang saya tak rasa panas sangat bila saya ikhlas pakai tudung bukan terpaksa. Alhamdulillah. Allah makes everything easy,” tulisnya.

Perkongsian Maryam itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikannya apabila bertudung serta mendoakan agar terus istiqamah mengenakan hijab.

Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 2019 di Korea Selatan. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Rina kini berusia setahun lebih.