fbpx

Marsha Tidak Tertekan Soal Zuriat

Penyanyi dan pelakon Marsha Milan memberitahu tidak berasa tertekan apabila disoal mengenai zuriat walaupun ada di antara rakan-rakan artisnya sudah pun mempunyai anak. Dia bagaimanapun, beranggapan bahawa perkara tersebut adalah rezeki daripada Tuhan.

BACA: Marsha Milan Pendam Rasa Mahu Tunai Terawih Di Masjid

“Tak adalah pressure mana, cuma kadang-kadang macam bestnya kawan-kawan dah dapat baby, bilalah pula turn kita. Cuma berharap dimurahkan rezeki untuk dapat zuriat, Insha Allah,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media #TerobekRaya.

Tambahnya lagi, keluarganya serta mertua tidak memaksa malah turut memberikan sokongan buatnya dengan mengutamakan kesihatan serta diberikan petua-petua untuk diamalkan oleh Marsha sendiri.

“Anak itulah Insha Allah, mereka ok tak ada rushing, cuma macam mereka agak pentingkan kesihatan Marsha macam input nak jaga, petua-petua macam itu. Sebenarnya, Marsha rehat sebelum ini pun untuk mencuba tetapi macam orang kata bila kita terlalu fikirkan, jadi Marsha malas nak fikirkan”

“Insya-Allah kalau ada rezeki adalah,” ujarnya yang juga akan menyertai AF Megastar bermula minggu hadapan. (rtky/h)