fbpx

Marsha Akui Takut Untuk Tunaikan Umrah

Sering terdengar pelbagai cerita mengenai pengalaman orang lain yang pernah menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah, Marsha Milan mengakui pada mulanya dia turut gementar dengan perkara tersebut.

BACA: Peminat Doakan Marsha Terus Bertudung

“Mulanya takut-takut juga, macam-macam cerita saya dengar mengenai pengalaman mereka yang mengerjakan umrah. Tapi apabila dah sampai sana, semua perasaan itu hilang dan saya rasa sebak kerana diberi peluang menziarahi tempat suci umat Islam itu”

“Sebagai mualaf, banyak yang saya kena belajar lagi dan syukur suami ada disisi membimbing dan mengajar saya. Lagi pula dia dah banyak kali tunaikan umrah, jadi pengalaman tu dah ada. Apa yang saya tak faham tanya dia sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Marsha, dia berasa sungguh tenang di sana malah turut berharap agar diberikan peluang sekali lagi untuk sampai ke sana. (rtky/s)