Maria Farida Nafi Dakwaan Anak Tirinya

Mengakui terkejut dengan dakwaan anak tirinya, Maria Farida menjelaskan bahawa dirinya dirinya difitnah oleh anak tiri sendiri yang menuduh dia menghasut suaminya, Datuk Rahman Shakur, agar mengabaikan kebajikan empat anak tiri yang lain.

BACA: Anak Kesal Bapa Berubah Selepas Kahwin Maria Farida

“Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh timbul. Kami berdua memang terkejut dengan kenyataan Nurshazleen yang dibuat secara tiba-tiba ini.Hubungan suami dan anak-anak tiri saya sangat rapat, malah baru sahaja berjumpa beberapa hari lepas”

“Tiada pula timbul soal menghasut bapa mereka untuk tidak mempedulikan kebajikan anak-anak. Biarlah mereka hendak berkata apa sahaja, yang penting saya dan suami tahu keadaan sebenar”

“Saya harap mereka tidak menyesal kerana mengambil tindakan melulu seperti ini,” jelas Maria kepada Kosmo! Online. Sebelum ini, Nurshazleen mendakwa bapa tirinya itu, hanya mahu menjaga dua zuriat kandungnya, Nur Aisyhea Rahman, 10, dan Qalif Ryan, 6, yang merupakan anak hasil perkahwinan Rahman dan ibunya. (rtky/s)