fbpx

Manjanya Zizi Kirana Sampai Tak Boleh Tidur Tanpa Suami

Pejam celik sudah hampir setahun penyanyi Zizi Kirana mendirikan rumah tangga dengan pelakon Yusuf Bahrin dan kini sedang melalui fasa bahagia perkahwinan.

Memetik mStar Online, Zizi menyifatkan alam rumah tangga menyeronokkan sehingga tidak boleh langsung berenggang dengan suaminya kerana rindu.

BACA: “Saya Tak Pernah Terdetik Rasa Rindu Dengan Penampilan Lama” – Zizi Kirana

“Alhamdulillah… semuanya best! Tak boleh berjauhan. Ada suami seronok ada kawan. Setiap hari dengan suami, kalau sehari berjauhan memang rindu.

“Paling lama dia jauh dengan saya sehari, tapi terus rindu. Bila jauh rasa susah tidur sampai saya tidur di sofa sebab masuk bilik tak ada kawan pula,” katanya. 

Ditanya mengenai kerjaya seninya, Zizi berkata dia tidak akan menyanyi lagu-lagu lama nyanyiannya yang tidak selari dengan imej terkininya.

“Ada beberapa lagu yang saya tak boleh nyanyi dah, kita kena ikut apa yang bersesuaian dengan pembawakan kita. Jadi saya harap semua faham,” katanya.

Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan ketika bersama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia.