fbpx

Kini tampil berhijrah ke arah lebih baik, penyanyi Zizi Kirana berkata dia pernah rindukan penampilan lamanya sebaliknya sentiasa beringat untuk kekal istiqamah.

Memetik Kosmo, Zizi mengakui perkara paling sukar adalah untuk mencari kekuatan supaya dapat berpegang kepada niat selepas berhijab sejak setahun lalu.

BACA: “Saya Tak Akan Nyanyi Lagu Lama Yang Tidak Seiring Dengan Imej Sekarang”

“Saya tidak pernah terdetik pun rasa rindu (penampilan lama). Saya nekad, memang terus berdoa untuk kekal penampilan sekarang. Cuma bagi saya jangan sebab kita nak berhijrah kerana orang lain.

“Sebenarnya nak istiqamah itu yang paling susah untuk dilakukan. Sebab itu ketika awal-awal pasang niat untuk bertudung, saya buat secara perlahan-lahan. Bukan drastik. Saya mulakan ketika bulan Ramadan.

“Kiranya saya praktikkan supaya perubahan tersebut tidak terlalu mengejut untuk diri sendiri. Macam sekarang apa-apa persalinan yang saya pakai, saya akan tengok dulu sama ada sesuai atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Zizi turut berharap masyarakat diluar sana tidak berterusan mengecam individu yang kembali tidak bertudung tetapi mendoakan mereka. Malah, Zizi meluahkan rasa simpati dengan ujian yang dilalui mereka sehingga  membuat keputusan tersebut.

“Saya rasa kasihan kerana kita tidak tahu apa yang mereka hadapi. Apakah dugaan sampai ada yang terpaksa berbuat sedemikian. Saya percaya itu satu keputusan yang berat. Tapi saya nak komen lebih-lebih pun tak boleh. Kalau terjadi kepada diri sendiri bagaimana?

“Saya pun tak pasti perjalanan hidup saya nanti. Kita tak berada dalam kasut mereka. Jadi lebih elok kalau kita doakan yang baik-baik saja,” katanya.