Sejak musibah banjir melanda negara Sabtu lalu, rakyat Malaysia tidak berhenti berganding bahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir sekaligus mengurangkan beban ditanggung mereka.
Tidak terkecuali, anak sulung Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri iaitu Datin Nina Sabrina dan suaminya, Datuk Jovian Mandagie turut turun padang membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Dusun Tua, Hulu Langat.
BACA: Jovian Mandagie Nafi Guna Aset Kerajaan
View this post on Instagram
Seorang mangsa banjir, Daniel Mazlan berkata dia amat terharu melihat kesungguhan Nina Sabrina bersama suami yang sanggup membersihkan selut yang meliputi seluruh kawasan rumah keluarganya dan jiran berdekatan.
Malah, Daniel mengagumi sikap rendah diri pasangan suami isteri itu yang hadir tanpa sebarang protokol dan kawalan keselamatan.
“Kami sekeluarga terharu apabila Nina serta Jovian sanggup membersihkan rumah kami dan meninjau keadaan rumah kami yang terjejas banjir.
“Kehadiran mereka berserta pasukan sukarelawan yang lain di sekitar kawasan kami secara tidak langsung meringankan beban kami yang sangat terkesan dengan bencana ini,” katanya.
Ahad lalu, banjir melanda kawasan Hulu Langat kali ini adalah antara yang terburuk pernah berlaku. Bencana itu memusnahkan sebahagian rumah, malah kenderaan penduduk juga tidak dapat diselamatkan.