fbpx

“Mana Tahu Tiba-Tiba Saya Sihat, Nyanyi Sedap Pula Tu”

Meskipun terkilan apabila terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35, Nabila Razali akur akan nasihat doktor yang menyarankan untuk berehat buat sementara waktu.

Bagaimanapun, Nabila berkata dia tetap terus mencari jalan atau alternatif lain agar tidak hilang punca pendapatan. Katanya lagi, dia kini cuba seimbangkan waktu kerja dan rehat.

BACA: Doktor Nasihat Nabila Razali Rehat Seberapa Lama Boleh

“Doktor minta saya berehat seberapa yang boleh sampailah keadaan tekak tu kwembali kepada asal. Doktor kata penyakit ni tiada tempoh yang spesifik bila boleh sembuh. Kalau saya rehat dan jaga betul-betul InsyaAllah akan baik cepat.

“Perkara ini terpulang pada saya juga, memandangkan kita dalam situasi tiada event dan show, saya kena cari jalan sendiri untuk cari punca pendapatan,” katanya.

Ditanya adakah dia akan membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35, Nabila berkata segalanya bergantung kepada keadaan semasa namun buat masa ini tidak dapat lagi memberi kata putus.

“Kalau mengikut perancangan sekarang, bukan sayalah yang akan menyanyi. Tapi mana tahu mungkin 14 hari bulan nanti saya dah sihat. Kita tak tahu orang punya doa. Tiba-tiba saya sihat pula, nyanyi sedap pula tu.

“Saya tak berani nak bagi apa-apa kata putus lagi. Buat masa sekarang untuk semifinal saya bagi tanggungjawab besar itu kepada orang lain. Apa yang pasti dia akan bawakan lagu tu dengan baik. InsyaAllah,” katanya.