fbpx

“Mana Perginya Duit Balqis Masa Dia Aktif Berlakon?”

Baru-baru ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan kemunculan pelakon cilik, Puteri Balqis dalam program Bersamamu. Ternyata ianya sangat mengejutkan orang ramai yang melihat perubahan hidup kanak-kanak berusia 13 tahun itu.

Antara individu yang pernah mengangkat bakat Puteri Balqis, pelakon dan pengarah Erma Fatima meluahkan kebimbangan terhadap kehidupan pelakon itu serta turut mempersoalkan mengapa Balqis dibesarkan dalam keadaan seperti itu.

BACA: Dato Hattan Sarankan Puteri Balqis Berubat Kampung

“Sebagai wanita bergelar ibu, tidak kiralah ibu bapa Balqis sudah berpisah, bagi saya, bukan begitu cara membesarkan anak.

“Saya tidak sanggup melihat apa yang terjadi kepada Balqis, apatah lagi membaca laporan mengenai kisah malang hingga perlu menjual buku puisi demi kelangsungan hidup.

“Saya mahu soal lagi, bagaimana dengan pendapatan Balqis ketika dia aktif berlakon? Saya pernah dengar mereka hidup merempat dahulu, tetapi dengan bakat Balqis, hidup mereka berubah. Tetapi mengapa terjadi lagi perkara sama sekarang,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Erma turut mempersoalkan masa depan Balqis termasuk persekolahannya serta menyuarakan pendapatnya agar bantuan disalurkan terus kepada pihak hospital agar wang dikumpul digunakan sebaik-baiknya bagi membiayai kos perubatan pelakon berkenaan.