fbpx

Dato Hattan Sarankan Puteri Balqis Berubat Kampung

Beberapa hari ini, kisah pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis menjadi perhatian ramai. Tiada siapa menyangka, Balqis kini berdepan dengan kesempitan hidup dan terpaksa menjual buku puisinya untuk menyara kehidupan.

Kisahnya itu mendapat perhatian selebriti lain yang turut memberikan kata semangat buat pelakon cilik itu, tidak ketinggalan penyanyi lagenda Dato’ Hattan juga turut manzahirkan simpati melihat nasib Balqis.

BACA: “Puteri Balqis Tak Hidap Kanser Tapi …”

Menerusi satu perkongsian oleh seorang netizen di Facebook, rata-rata netizen mempertikaikan kredibiliti Kesatuan Seniman yang dikatakan tidak melakukan apa-apa untuk membantu Puteri Balqis.

Namun dakwaan tersebut disangkal oleh Hattan yang membalas beliau ada berbual dengan Presidennya iaitu Zed Zaidi mengenai hal itu dan pihak Seniman banyak membantu.

Dalam pada itu, Hattan berkata melihatkan keadaan Puteri Balqis, pelakon cilik itu mungkin perlu mendapatkan rawatan kampung.

Dalam satu perkongsian lain, Hattan menyeru pihak-pihak produksi diluar sana supaya membuka ruang kepada Balqis untuk beraksi semula di dalam industri hiburan tanah air. Hattan turut mendoakan agar Balqis segera sembuh dan dilimpahkan rezeki.

Terdahulu, selepas dikhabarkan menghidap penyakit kronik, Balqis terus menyepi daripada dunia hiburan tanah air. Namun kisahnya baru-baru ini tular apabila muncul dalam rancangan Bersamamu dan ianya sangat mengejutkan orang ramai yang melihat perubahan hidup kanak-kanak berusia 12 tahun itu.