fbpx

“Mana Mungkin Saya Nak Tinggalkan Dia Sebab Dah Muflis” – Datin Red

Isteri pertama kepada Datuk Red iaitu Datin Red berkata dia tidak akan sesekali meninggalkan suaminya itu kerana sudah tidak mempunyai harta dan jatuh muflis.

Memetik mStar Online, Datin Red berkata sepanjang 18 tahun mendirikan rumah tangga dia individu yang sentiasa bersama suami serta berdepan susah senang bersama.

BACA: Abang Tesla Nak Bantu Datuk Red Ada Perniagaan Semula

“Mana mungkin saya nak tinggalkan dia sebab dia dah jatuh muflis. Nak cakap hidup susah, saya dah hidup dengan Adnan selama 18 tahun.

“Macam-macam dugaan jatuh bangun bersama-sama. Saya pernah kena gigit pacat sebab ikut dia berniaga sayur ketika hamil anak pertama,” katanya.

Bagaimanapun, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafil enggan mendedahkan punca dia memfailkan cerai terhadap suaminya itu namun berkata perceraian itu bukan kehendaknya.

Mengulas mengenai usaha Adnan memujuknya di media sosial, Datin Red berkata ianya tidak dapat mengubah pendiriannya serta menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

“Saya serahkan hidup saya bulat-bulat kepada Allah. Pujuk untuk apa? Apa boleh saya katakan, terlajak perahu boleh patah balik, terlajak kata buruk padahnya,” katanya.

Dalam pada itu, Datin Red berkata kelima-lima anaknya sering bertanya mengenai bapanya jika sudah lama tidak pulang ke rumah dan difahamkan sudah dua hari tidak pulang.

“Anak-anak mereka tidak tahu tapi mungkin yang sulung sudah tahu sejak benda ini tular. Setiap hari mereka tanya bapa mereka balik atau tidak. Ini pun sudah dua hari tak pulang ke rumah. Sebelum ini balik macam biasa,” katanya.

SUMBER: mStar Online