fbpx

Abang Tesla Nak Bantu Datuk Red Ada Perniagaan Semula

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila suami kepada Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mendedahkan sudah lima tahun dia tiada pekerjaan selepas muflis sejak tahun 2019.

Perkara itu turut mendapat perhatian pempengaruh media sosial, Abang Tesla yang turut menonton video Datuk Red mahu mencari pekerjaan demi anak-anaknya serta keluarga.

BACA: “Tak Kisah Kerja Apa, Tolong Di Bazar Ramadan Pun Tiada Masalah”

@abg.tesla

kami sedia bantu dato red. Tolong tag dato red guys. #abgtesla #fyp

? original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Abang Tesla berkata dia sedia membantu Datuk Red untuk mempunyai perniagaan semula agar dapat membayar hutang bernilai jutaan ringgit seperti yang diberitahu sebelum ini.

“InshaAllah saya boleh bantu untuk cukup. Saya boleh bantu Datuk, Datuk langsaikan hutang. Saya dengar 5 juta ke 7 juta.

“Kalau saya boleh bantu untuk Datuk ada perniagaan balik daripada A sampai Z. Tapi apa-apa Datuk Contact saya, jumpa saya,” katanya.